“..Ya Allah Engkau Tuhanku.. Tiada tuhan melainkan Engkau..
Engkau cinta agungku.. Nabi Muhammad utusanMu..”
Muqaddimah
Inilah
Cinta Yang sebenar-benarnya, Cinta yang didasarkan atas keimanan dan
ketaqwaan manusia, Cinta seorang hamba kepada Sang Maha Pencipta, Cinta
tanda syukur dan tiada kuasa selain kuasaNya, Cintakan
Allah adalah cinta yang tidak pernah luntur dan abadi. Cinta selainnya
adalah Cinta yang luntur dan berakhir. Janganlah mencintai akan sesuatu
terlalu berlebih lebihan sehingga mengurangi cintamu kepada Allah.
Mencintailah kamu kepadanya dengan makna Kecintaanmu kepada Allah Yang
Maha Pencipta dapat diartikan memandang segala sesuatu karena Allah SWT
semata sehingga apabila kamu mencintai seseorang, cintailah dia dengan
sebenar-benarnya karena Allah.
Berbicara
mengenai cinta, tentunya tidak akan lepas dari perbincangan kita cinta
monyet yang menghiasai dunia muda-mudi sekarang ini. Malah, tidak
keterlaluan untuk dinyatakan, itulah pespektif masyarakat terhadap
cinta. Sedangkan cinta sebeginilah yang sering mendorong pelakunya ke
arah melakukan maksiat kepada Allah SWT. Sekotor itukah cinta?
Apakah
cinta sebenarnya? Cinta sebenarnya adalah fitrah manusia sebagai
makhluk allah yang diciptakan untuk bersujud, bersyukur dan mengagungkan
asma Allah, bahwa tiada tuhan yang patut disembah melainkan Allah SWT,
atas karunia dan hidayahNya pulalah kita bisa hidup seperti sekarang
ini, bagaimana udara yang kita hirup untuk bernapas secara otomatis
keluar dan masuk, bagaimana mata kita bisa melihat keindahan dan alam
dunia, pemberianNya tidak bias dikukur dengan ukuran manusia, yang
kesemuanya itu adalah bukti tanda tanda kekuasanNya sehingga
sepatutnyalah manusia bersyukur dengan melaksanakan perintahNya dan
menjauhi segala laranganNya, mengungkapan rasa cinta dengan memandang
segala sesuatu karena Allah SWT sehingga manusia tidak berlaku sombong
dan jumawa atas harta, pangkat, kedudukannya dan tidak lupa atas
ni’matNya.
Kesenian
cinta yang didasari runtutan fitrah tanpa dicabul oleh hawa syahwat
merupakan logo kedamaian, keamanan dan ketenangan. Namun cinta
seringkali diperalatkan untuk melangsai keghairahan nafsu dan kebejatan
iblis laknatullah. Demi kemakmuran manusia sejagat, kita mesti menangani
fenomena cinta dengan nilai fikrah yang suci dan iman yang komited
kepada Allah.
Permasalahan
cinta antara yang dihadapi secara serius oleh umat Islam hari ini.
Pertentangan antara cinta hakiki dan cinta palsu menyebabkan umat Islam
menghadapi dilema perasaan yang kronik. Krisis cinta palsu telah memapah
umat Islam ke medan perpecahan yang memusnahkan etika spritual-membunuh
solidaritas dan menodai moral etika.
Individu
mukmin sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta di dalam jiwa. Cinta
yang berlogikkan nafsu dan syahwat semata-mata hanyalah cinta palsu yang
penuh jijik dan dihina.
Menyadari
hakikat ini, Faisal mencoba untuk mengurai makna dan bercerita soal
cinta secara ringkas menurut pandangan Islam. Apalagi dalam lapisan
masyarakat remaja khususnya tertipu dengan propaganda 14 Februari yang
kononnya ialah hari Kekasih. Maka sibuklah dunia berbicara soal cinta
yang lebih menjurus kepada cinta zina yang bertemakan mainan perasaan
yang sama sekali terseleweng dari kehendak Islam.
Semoga
Allah SWT memberikan ganjaran terhadap usaha yang kecil ini dalam
membersihkan jiwa pemuda-pemuda dari doktrin barat yang hanya akan
menyesatkan fikiran.
Apakah Kedudukan Cinta Di Dalam Islam?
Adakah
Islam memusuhi cinta? Adakah sebegini kejam sebuah agama yang
disifatkan menepati fitrah? Sebenarnya tidak. Malah Islam memandang
tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang
menjiwai naluri setiap manusia. Namun, cinta di dalam Islam perlulah
melalui pelbagai peringkat keutamaannya yang tersendiri :
1. Cinta kepada Allah
Islam
meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehiudupan manusia ialah cinta
kepada Allah. Ketinggian nilai taqarrub Al-Abid kepada Khaliq dapat
dikesan melalui cinta murni mereka kepada Pencipta. Tanpa cinta kepada
Allah perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti sedangkan apa
yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan menyintai
Allah.
Sinaran
cinta itu jua akan mendorong hamba bertindak ikhlas di mihrab
pengabdian diri kepada Allah serta menghasilkan cahaya iman yang mantap.
Firman Allah SWT :
“..(Walaupun
demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah
(untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan
mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang
beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah…” (Surah Al-Baqarah ayat :
165)
Memiliki
cinta Allah seharusnya menjadi kebanggaan individu mukmin lantaran
keagungan nilai dan ketulusan ihsan-Nya.Namun menjadi suatu kesukaran
untuk meraih cinta Allah tanpa pengabdian yang menjurus tepat
kepada-Nya. Cinta Allah umpama satu anugerah yang tertinggi dan tidak
mungkin sesiapa dapat memilikinya kecuali didahulukan dengan pengorbanan
yang mahal. Cinta Allah adalah syarat yang utama untuk meletakkan diri
di dalam barisan pejuang-pejuang kalimah Allah SWT. Firman Allah SWT
(yang bermaksud) :
“..Wahai
orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari
ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia
kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat
lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah
terhadap orang-orang kafir…” (Surah Al-Maidah, ayat 54)
2. Cinta Kepada Rasulullah SAW dan Para Anbiya’
Apabila
manusia berada di dalam kegelapan yang begitu kelam,maka diutuskan
pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah
jalan kebenaran. Sayang, pembawa obor tersebut terpaksa begelumang
dengan lumpur yang begitu tebal dan menahan cacian yang tidak sedikit
untuk melaksanakan tugas yang begitu mulia.
Pembawa
obor tersebut ialah Rasulullah SAW. Maka adalah menjadi satu kewajipan
kepada kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan
cintanya kepada Rasulullah dan para ambiya’. Kerana kecintaan inilah,
para sahabat sanggup bergadai nyawa menjadikan tubuh masing-masing
sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah SAW. Dalam satu hadis
yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim menyebut :
Diriwayatkan
daripada Anas r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika
terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan
memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan RasulNya
lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah,
tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari
kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam
Neraka.
(Bukhari
: no. 15, Muslim : no. 60, Tirmizi : no. 2548 Nasaie : no. 4901)
Namun,
dalam suasana kita sekarang yang begitu jauh dengan Rasulullah SAW dari
segi masa, adakah tidak berpeluang lagi untuk kita memberikan cinta
kepada Rasulullah SAW? Sekalipun Rasulullah SAW telah meninggalkan kita
jauh di belakang, sesungguhnya cinta terhadap baginda boleh dbuktikan
melalui kepatuhan serta kecintaan terhadap sunnahnya. Oleh yang
demikian, orang yang memandang hina malah mengejek-ngejek sunnah
Rasulullah SAW tentunya tidak boleh dianggap sebagai orang yang
menyintai Rasulullah SAW.
3. Cinta Sesama Mukmin
Interaksi
kasih sayang sesama mukmin adalah merupakan pembuluh utama untuk
menyalurkan konsep persaudaraan yang begitu utuh. Cinta sesama mukmin
inilah yang mengajar manusia supaya menyintai ibubapanya. Malah
mengherdik ibubapa yang bererti merungkaikan talian cinta kepada keduana
adalah merupakan dosa besar sebagaimana yang disebut di dalam satu
hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bakrah r.a katanya:
“Ketika
kami bersama Rasulullah s.a.w, baginda telah bersabda: Mahukah aku
ceritakan kepada kamu sebesar-besar dosa besar: Ianya tiga perkara,
iaitu mensyirikkan Allah, mengherdik kedua ibu bapa dan bersaksi palsu
atau kata-kata palsu..”
(Hadis
riwayat Bukhari, no. 5519, Muslim : no. 126)
Alangkah
indahnya sebuah agama yang mengajar penganutnya agar menghormati dan
menyintai kedua ibubapanya yang telah melalui susah payah untuk
membesarkan anak-anak mereka. Di manakah lagi keindahan yang lebih
menyerlah selain daripada yang terdapat di dalam Islam yang mengajar
umatnya dengan pesanan :
“..Dan
hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan
kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai
Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah
mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
(Surah
Israk, ayat 24)
Selain
daripada cinta kepada kedua ibubapa ini, Islam juga meletakkan cinta
sesama mukmin yang berimana sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan
atau jemaah yang layak bersama Rasulullah SAW. Hayatilah betapa dalamnya
maksud firman Allah SWT :
“..Nabi
Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama
dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang
(memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas
kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)…
(Surah
Al-Fath, ayat 29)
Malah,
Al-Quran sendiri menukilkan betapa pujian melangit yang diberikan oleh
Allah SWT kepada golongan Ansar yang ternyata menyintai golongan
Muhajirin dengan cinta suci yang berasaskan wahyu Ilahi. Malah dalam
keadaan mereka berhajat sekalipun, keutamaan tetap diberikan kepada
saudara-saudara mereka dari golongn Muhajirin. Firman Allah SWT yang
bermaksud :
“..Dan
orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman
sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka,
dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah
diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga
mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka
sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat.
..”
(Surah
Al-Hasyr, ayat 9)
Bukankah
ini yang telah diajar oleh Islam? Maka di tengah-tengah kecaman
keganasan yang dilemparkan kepada Islam pada hari ini, kenapa tidak
masyarakat antarabangsa malah umat Islam sendiri melihat bahawa betapa
agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam?
Namun, betapa agungnya cinta di dalam Islam, begitu jualah agungnya
penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya agar sama sekali tidak
mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu.
Itulah
cinta di dalam Islam. Ia tidak dapat tidak haruslah diasaskan di atas
dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari
landasan iman. Akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk
diperlakukan oleh ‘syaitan cinta’ sewenangnya-wenangnya
Cinta Dunia Remaja : Tragedi Yang Menyayat Hati
Tidak
ada orang yang boleh mendakwa dirinya lari daripada mainan perasaan.
Asal saja ia bernama manusia, maka sekaligus dirinya akan dicuba dengan
mainan nafsu yang bagaikan lautan ganas yang begitu kuat bergelombang.
Salah satu darinya ialah mainan cinta.
Tidak
sedikit orang yang terjerumus dalam lembah kenistaan. Dalam berbicara
persoalan peringkat pembinaan ‘cinta hawa nafsu’, As-Syauqi pernah
berkata :
Benar
kata Syauqi, cinta syahwat ini bermula dengan mainan mata yang tidak
mempunyai sempadannya, ia kemudiannya diikuti dengan sahutan suara dan
saling berhubung. Sampai peringkat tersebut, amat sukar sekali bagi
pasangan cinta untuk tidak bertemu dan berdating sekaligus mendekatkan
diri kepada aksi yang lebih hebat. Oleh kerana itulah, Islam dalam
menjaga kesucian cinta dari dicemari oleh unsur-unsur nafsu meletakkan
batasan pandangan seorang muslim dan muslimah. Firman Allah SWT yang
bermaksud :
“..Katakanlah
(wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka
menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan
memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka;
sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka
kerjakan…”
(Surah
An-Nuur, ayat 30)
Betapa
bahayanya cinta lutong ini boleh dilihat apabila pasangan yang
dhanyutkan olehnya tidak akan berupaya untuk berfikir secara waras lagi.
Setiap detik dan masa yang berlalu tidak akan sunyi dari memikirkan
persoalan cinta mereka. Setiap saat, jiwa sudah tidak mampu lagi untuk
tenteram sekiranya tidak didodoikan dengan suara halus dan lunak yang
berbicara dengan kata-kata yang hanya layak diperdengarkan di dalam
kelambu. Sudah berkubur cita-cita perjuangan dan sudah lebur harapan
masyarakat yang dipikulkan di atas bahu, yang ada hanyalah kehendak
memuaskan hati pasangan masing-masing. Lantas, di saat demikian,
layakkah orang yang hanyut ini diharapkan memikul tanggungjawab
melaksanakan tugas penting membimbing masyarakat?
Apakah
penyelesaian terhadap permasalahan ini? Jalan yang paling baik ialah
perkahwinan. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :
“..Wahai
golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan
iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin.
Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga
kehormatan. Maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa
kerana puasa itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu..”
(Bukhari
: no. 1772, Muslim : no. 2485)
Selain
daripada perkahwinan yang tentunya merupakan perkara yang hampir
mustahil untuk dilaksanakan dalam dunia seorang penuntut ilmu, maka
Rasulullah SAW mencadangkan puasa sebagai jalan terbaik melepaskan diri
dari kekangan nafsu yang meronta-ronta. Selain daripada itu, Islam
sama-sekali tidak membuka pintu yang lain. Selain daripada perkahwinan,
tidak dapat tidak, hanyalah kawalan terhadap jiwa mampu menyelamatkan
diri sendiri dari turut terjun dalam arus ganas cinta lutong.
Sesungguhnya
cinta sebelum perkahwinan adalah cinta palsu yang walaupun dihiasi
dengan rayuan-rayuan halus namun ia adalah panggilan-panggilan ke lembah
kebinasaan! Dan sekalipun kekosongan jiwa daripada cinta lutong secara
zahirnya adalah penderitaan dan kesunyian yang begitu hebat, namun
itulah hakikat cinta sejati kepada Allah. Andainya hati dihiasi dengan
rayuan-rayuan syaitan yang seringkali mengajak ke arah melayan perasaan,
maka hilanglah di sana cita-cita agung untuk menabur bakti kepada Islam
sebagai medan jihad dan perjuangan.
Percayalah,
masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlalu dalam
hidup. Ia tidak akan berulang lagi untuk kali kedua atau seterusnya.
Meniti usia remaja dengan berhati-hati dan mengenepikan mainan perasaan
adalah merupakan perkara yang amat sukar sekali. Apatah lagi, semakin
dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mencengkam dan membara.
Namun, itulah mujahadah melawan perasaan. Sekadar perasaan dan diri
sendiri menjadi musuh, alangkah malunya untuk kita tewas terlalu awal.
Usia emas yang diberikan ini alangkah baiknya andainya digunakan sebaik
mungkin menggali sebanyak mana anugerah di bumi ilmu.
Namun,
kita manusia boleh tertewas bila-bila masa sahaja. Tidak kira siapapun
kita. Sekalipun kita arif malah benar-benar mengetahui bahwa yang hadir
hanyalah sekadar tipuan, namun kita bisa rebah dalam ketewasan yang kita
sendiri sebenarnya merelakannya.
Mengapa
manusia lebih memilih syurga dunia dan bertukar dengan syurga
sebenarnya di akhirat Oleh yang demikian, apakah mereka tidak berfikir
bahwa azab neraka menunggu mereka pada hari pembalasan, dan adakah
penyelamat bagi mereka ? Tidak ada, sesungguhnya yang akan menyelamatkan
Manusia dari azab neraka adalah keimanan, ketakwaan dan ketawadhuan dan
rasa cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Naudzubillah, semoga
kita mendapatkan syafaat dan terhindar dari ganasnya neraka jahanam.
Aamiin.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar